Selasa, 2 Ogos 2011

Rekreasi dan mandi-manda

Pantai Cahaya Bulan
Taman Rekreasi Tengku Anis
Pantai Irama
Negeri Kelantan memang terkenal dengan pantai-pantai yang menarik perhatian pelancong,samaada pelancong tempatan atau pom pelancong luar negara.Di samping itu,di negeri ini juga terdapat banyak tempat-tempat rekreasi yang menarik.Antara pantai yang sering kali menarik perhatian pengunjung ialah Pantai Cahaya Bulan atau pom di panggil PCB.Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia ll. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional .Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket dan pembuatan layang-layang serta loyang.Selain itu,Pantai Irama juga salah satu pantai yang menarik di negeri Kelantan.Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga pelancong asing dan tempatan.Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku.Pantai Irama Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu). Pantai ini juga seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. Ia nyaTerletak disepanjang laluan utama Bachok sehingga Kota Bharu.Pantai Sri tujuh juga salah satu pantai yang terdapat di negeri Kelantan.Pantai Sri Tujuh terletak di daerah Tumpat. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubor dan stesen kereta api. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang.Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh,ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf .Pengunjung boleh makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan pengunjung juga boleh menunggang bot skyang disediakani. Pengunjung juga boleh melihat bot nelayan yang kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.Selain itu terdapat surau dua tingkat yang agak besar di sini.Manakala tempat rekreasi yang paling popular di negeri Kelantan ialah Taman Rekreasi Tengku Anis.Taman ini seluas empat ekar terletak di Kilometer 10 Jalanraya Pasir Mas sehingga Rantau Panjang. Taman ini telah dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 27 Jun 2000.Idea penubuhan Taman Rekreasi Tengku Anis telah dicetuskan sendiri oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan dan DYMM Raja Perempuan Kelantan. Pembinaan peringkat awal taman ini dilakukan secara gotong-royong antara Majlis-Majlis Daerah seluruh negeri Kelantan dan juga agensi-agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan.Taman Rekreasi Tengku Anis juga menyediakan beberapa kemudahan kepada pengunjung-pengunjung seperti surau, tandas, trek untuk berjoging, wakaf dan kerusi rehat serta taman permainan kanak-kanak. Berhampiran dengan taman tersebut juga terdapat beberapa buah kedai dan gerai menyediakan berbagai jenis masakan ala Thai khusus untuk pengunjung menjamu selera.Di samping itu,negeri Kelantan juga mempunyai air terjun yang boleh dijadikan tempat rekreasi di kalangan pelancong.Antara nya ialah Jeram Pasu,ia nya terletak di Kampung pak Amat di daerah Pasir Putih kira-kira 35kilometer dari Kota Bharu.Airnya yang jernih,sejuk serta nyaman sememangnya menjadikan ia tempat rekreasi yang popular dikalangan pengunjung.Jeram Pasu merupakan kawasan air terjun pertama di negeri Kelantan yang menyediakan tempat berteduh serta kemudahan lain.Beberapa kolam serta gelongsor telah dibina berhampiran air terjun ini.Pihak berkuasa juga telah tapak perkhemahan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.Segala kemudahan juga telah disediakan bagi keselesaan pengunjung.Destinasi ini sentiasa dipenuhi oleh orang ramai terutamanya pada musim cuti sekolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan