Selasa, 2 Ogos 2011

Alam Semulajadi dan Ekspedisi

Taman Negara Kuala Koh
Tasik Pergau
Jika anda mempunyai hobi seperti pencinta alam semulajadi dan ekspedisi yang mencabar,negeri Kelantan ialah salah satu negeri yang mempunyai kaitan hobi anda itu.Ini kerana,negeri Kelantan mempunyai banyak tempat-tempat seperti ini yang menarik untuk dikunjungi.Salah satu tempat alam semulajadi yang menarik perhatian pelancong untuk mengunjungi negeri ini ialah Taman Negara Kuala Koh.Taman Negara ini terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir.Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ia mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Aset semulajadi yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh khususnya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidekan dan pembangunan.Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung (melebihi 300 spesies),memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan.Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong, antara kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran,bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan.Selain itu,Tasik pergau juga salah satu tempat alam semulajadi yang harus dikunjungi di negeri ini.Tasik Pergau menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan dengan keindahan alam semulajadi hasil pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau.Tasik Pergau mungkin tidak sepopular Tasik Banding, tetapi ia berjaya menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan ini dan suasana damai dan keindahan semulajadinya menjadikan Tasik Pergau satu destinasi yang amat sesuai untuk mencari ketenangan jiwa.Suhu di tempat itusehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan.Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar, yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan. Bagi kaki pancing, di situlah 'syurga' untuk menangkap spesies lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi.Tempat ini dikelilingi hutan tertua di dunia yang dikatakan lebih tua daripada Hutan Amazon, Brazil suatu yang lebih istimewa adalah ia berada pada suhu kedinginan yang dikatakan menyamai suhu di Cameron Highlands ketika malam.Manakala tempat ekspedisi yang terdapat di Kelantan ialah Gua Keris yang terdapat di Dabong. Gua berkenaan yang luas dan lantai yang agak mendatar dikatakan pernah didiami oleh manusia dahulu kala. Satu kawasan lapang di dalamnya dikatakan pernah digunakan sebagai tempat berlatih silat.Keindahan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit yang terukir secara alami yang antaranya berkilauan apabila terkena cahaya akan melekakan setiap pengunjung ke gua itu yang menyimpan banyak kisah silam. Di gua itu juga terdapat sejenis flora istimewa yang sukar ditemui di tempat lain yang dikenali sebagai 'Vaughan's Balsam'. Selain di situ, ia dikatakan hanya terdapat di Perlis dan Selatan Thailand.Di situ juga anda dapat menemui pelbagai haiwan dan serangga seperti sejenis kala jengking yang sekali imbas kelihatan seperti labah-labah dan dapat menyaksikan sekumpulan kelawar bergayutan di bumbung gua.Akhir sekali,tempat ekspedisi yang terdapat di negeri Kelantan ialag Gua Gelap.Seperti namanya, Gua Gelap amatlah gelap. Cuma sesekala, galur-galur cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap.Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan