Selasa, 16 Ogos 2011

Homestay

Homestay Kampung Batu Papan

Homestay Kampung Kubang Telaga
Jika anda ingin merasai kehidupan di kampung,negeri Kelantan salah satu negeri yang mempunyai homestay yang betul-betul akan memberi kehidupan anda di kampung.Salah satu homestay yang terdapat di Kelantan ialah homestay Kampung Jering di daerah Jeli. Ia merupakan homestay yang pertama di Jajahan Jeli ini. Ia terletak di jalan utama Jeli. Kemudahan pengangkutan awam dari Bandar Jeli juga tersedia untuk kemudahan pengunjung mengunjungi Homestay Kampung Bukit Jering ini.Kampung ini adalah merupakan perkampungan yang dibangunkan dengan tersusun dengan mengekalkan elemen tradisi masyarakat setempat. Kebanyakan penduduk asalnya adalah dari sekitar kampung-kampung di Daerah Jeli.Segala kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, dewan, masjid dan kemudahan lain lagi ada di kampung ini. Kedudukan rumah penduduk yang tersusun dan strategik dekat dengan segala kemudahan juga membantu penduduk setempat dalam menjayakan program homestay ini. Dan yang menjadi elemen utama Homestay Kampung Bukit Jering ini ialah keramahan dan kemesraan penduduk yang pasti akan membuatkan pengunjung berasa gembira dan selesa bila berada di kampung ini.Selain itu,homestay Kampung Kubag Telaga di daerah Bachok juga salah satu homestay yang terdapat di Kelantan.Homestay Kampung Kubang Telaga mula diwujudkan pada akhir tahun 2006 apabila seramai 40 orang penduduk kampung ini selesai menjalani kursus Asas homestay yang dianjurkan Institut Kemajuan Desa ( INFRA ) Homestay ini diberi nama Homestay Kampung Kubang Telaga adalah sempena sejarah kampung ini,iaitu terdapat sebuah kubang yang luas dan di dalamnya telah digali sebuah telaga oleh penduduk kampung bagi mendapatkan air kegunaan harian terutama pada musim kemarau panjang. Penduduk kampung ini didiami oleh 235 keluarga dan kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.Hampir 95 peratus berkerja sebagai petani. Pada masa ini terdapat 30 orang penduduk telah menyertai program ini sebagai tuan rumah. Di homestay Kg.Kubang Telaga sedia menerima seramai antara 70 hingga 80 orang pelancong secara serentak.Antara aktiviti yang terdapat di homestay ini ialah riadah sungai, menghayati kehidupan di kampung tradisional, menghayati kehidupan petani dan menghayati keindahan permandangan semulajadi kampung Kubang Telaga.Homestay Kampung Kubang Telaga Terletak kira-kira 40 km dari Bandar Kota Bharu,21 km dari Bandar Bachok,dan 12 km dari Bandar Pasir Puteh.Kampung ini meliputi kawasan seluas 4 km persegi yang dikelilingi oleh sawah padi.Disamping itu,homestay Kampung Batu Papan di daerah Gua Musang salah satu homestay yang sering dikunjungi oleh pelancong yang ingin merasai kehidupan di kampung.Pelancong akan terpegun degan keindahan alam semulajadi yang terdapat di kampung ini.Pelancong boleh bersantai di tepi sungai Galas berhampiran kampung ini sambil mendengar aliran anak sungai yang mengalir.Di kampung ini juga dikelilingi gua iaitu Gua Madu.Pelancong juga boleh secara dekat penghasilan keropok oleh penduduk di kampung ini kerana ada sebahagian penduduk di kampung ini yang mempunyai industri penghasilan keropok secara kecil-kecilan.Akhir sekali,homestay yang perlu anda lawati di negeri Kelantan ialah homestay Kampung Kemunchup di daerah Machang.Di kampung ini,pelancong boleh melihat sendiri pertandingan 'boxing'.Kerana di kampung ini,pertandingan 'boxing' sering kali diadakan untuk tontonan pelacong.Selain itu,penduduk di kampung ini juga sangat mesra dan peramah.

1 ulasan: