Selasa, 16 Ogos 2011

Homestay

Homestay Kampung Batu Papan

Homestay Kampung Kubang Telaga
Jika anda ingin merasai kehidupan di kampung,negeri Kelantan salah satu negeri yang mempunyai homestay yang betul-betul akan memberi kehidupan anda di kampung.Salah satu homestay yang terdapat di Kelantan ialah homestay Kampung Jering di daerah Jeli. Ia merupakan homestay yang pertama di Jajahan Jeli ini. Ia terletak di jalan utama Jeli. Kemudahan pengangkutan awam dari Bandar Jeli juga tersedia untuk kemudahan pengunjung mengunjungi Homestay Kampung Bukit Jering ini.Kampung ini adalah merupakan perkampungan yang dibangunkan dengan tersusun dengan mengekalkan elemen tradisi masyarakat setempat. Kebanyakan penduduk asalnya adalah dari sekitar kampung-kampung di Daerah Jeli.Segala kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, dewan, masjid dan kemudahan lain lagi ada di kampung ini. Kedudukan rumah penduduk yang tersusun dan strategik dekat dengan segala kemudahan juga membantu penduduk setempat dalam menjayakan program homestay ini. Dan yang menjadi elemen utama Homestay Kampung Bukit Jering ini ialah keramahan dan kemesraan penduduk yang pasti akan membuatkan pengunjung berasa gembira dan selesa bila berada di kampung ini.Selain itu,homestay Kampung Kubag Telaga di daerah Bachok juga salah satu homestay yang terdapat di Kelantan.Homestay Kampung Kubang Telaga mula diwujudkan pada akhir tahun 2006 apabila seramai 40 orang penduduk kampung ini selesai menjalani kursus Asas homestay yang dianjurkan Institut Kemajuan Desa ( INFRA ) Homestay ini diberi nama Homestay Kampung Kubang Telaga adalah sempena sejarah kampung ini,iaitu terdapat sebuah kubang yang luas dan di dalamnya telah digali sebuah telaga oleh penduduk kampung bagi mendapatkan air kegunaan harian terutama pada musim kemarau panjang. Penduduk kampung ini didiami oleh 235 keluarga dan kesemuanya berbangsa Melayu dan beragama Islam.Hampir 95 peratus berkerja sebagai petani. Pada masa ini terdapat 30 orang penduduk telah menyertai program ini sebagai tuan rumah. Di homestay Kg.Kubang Telaga sedia menerima seramai antara 70 hingga 80 orang pelancong secara serentak.Antara aktiviti yang terdapat di homestay ini ialah riadah sungai, menghayati kehidupan di kampung tradisional, menghayati kehidupan petani dan menghayati keindahan permandangan semulajadi kampung Kubang Telaga.Homestay Kampung Kubang Telaga Terletak kira-kira 40 km dari Bandar Kota Bharu,21 km dari Bandar Bachok,dan 12 km dari Bandar Pasir Puteh.Kampung ini meliputi kawasan seluas 4 km persegi yang dikelilingi oleh sawah padi.Disamping itu,homestay Kampung Batu Papan di daerah Gua Musang salah satu homestay yang sering dikunjungi oleh pelancong yang ingin merasai kehidupan di kampung.Pelancong akan terpegun degan keindahan alam semulajadi yang terdapat di kampung ini.Pelancong boleh bersantai di tepi sungai Galas berhampiran kampung ini sambil mendengar aliran anak sungai yang mengalir.Di kampung ini juga dikelilingi gua iaitu Gua Madu.Pelancong juga boleh secara dekat penghasilan keropok oleh penduduk di kampung ini kerana ada sebahagian penduduk di kampung ini yang mempunyai industri penghasilan keropok secara kecil-kecilan.Akhir sekali,homestay yang perlu anda lawati di negeri Kelantan ialah homestay Kampung Kemunchup di daerah Machang.Di kampung ini,pelancong boleh melihat sendiri pertandingan 'boxing'.Kerana di kampung ini,pertandingan 'boxing' sering kali diadakan untuk tontonan pelacong.Selain itu,penduduk di kampung ini juga sangat mesra dan peramah.

Selasa, 2 Ogos 2011

Alam Semulajadi dan Ekspedisi

Taman Negara Kuala Koh
Tasik Pergau
Jika anda mempunyai hobi seperti pencinta alam semulajadi dan ekspedisi yang mencabar,negeri Kelantan ialah salah satu negeri yang mempunyai kaitan hobi anda itu.Ini kerana,negeri Kelantan mempunyai banyak tempat-tempat seperti ini yang menarik untuk dikunjungi.Salah satu tempat alam semulajadi yang menarik perhatian pelancong untuk mengunjungi negeri ini ialah Taman Negara Kuala Koh.Taman Negara ini terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir.Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ia mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Aset semulajadi yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh khususnya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidekan dan pembangunan.Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung (melebihi 300 spesies),memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan.Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong, antara kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran,bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan.Selain itu,Tasik pergau juga salah satu tempat alam semulajadi yang harus dikunjungi di negeri ini.Tasik Pergau menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan dengan keindahan alam semulajadi hasil pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau.Tasik Pergau mungkin tidak sepopular Tasik Banding, tetapi ia berjaya menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan ini dan suasana damai dan keindahan semulajadinya menjadikan Tasik Pergau satu destinasi yang amat sesuai untuk mencari ketenangan jiwa.Suhu di tempat itusehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan.Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar, yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan. Bagi kaki pancing, di situlah 'syurga' untuk menangkap spesies lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi.Tempat ini dikelilingi hutan tertua di dunia yang dikatakan lebih tua daripada Hutan Amazon, Brazil suatu yang lebih istimewa adalah ia berada pada suhu kedinginan yang dikatakan menyamai suhu di Cameron Highlands ketika malam.Manakala tempat ekspedisi yang terdapat di Kelantan ialah Gua Keris yang terdapat di Dabong. Gua berkenaan yang luas dan lantai yang agak mendatar dikatakan pernah didiami oleh manusia dahulu kala. Satu kawasan lapang di dalamnya dikatakan pernah digunakan sebagai tempat berlatih silat.Keindahan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit yang terukir secara alami yang antaranya berkilauan apabila terkena cahaya akan melekakan setiap pengunjung ke gua itu yang menyimpan banyak kisah silam. Di gua itu juga terdapat sejenis flora istimewa yang sukar ditemui di tempat lain yang dikenali sebagai 'Vaughan's Balsam'. Selain di situ, ia dikatakan hanya terdapat di Perlis dan Selatan Thailand.Di situ juga anda dapat menemui pelbagai haiwan dan serangga seperti sejenis kala jengking yang sekali imbas kelihatan seperti labah-labah dan dapat menyaksikan sekumpulan kelawar bergayutan di bumbung gua.Akhir sekali,tempat ekspedisi yang terdapat di negeri Kelantan ialag Gua Gelap.Seperti namanya, Gua Gelap amatlah gelap. Cuma sesekala, galur-galur cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap.Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.

Rekreasi dan mandi-manda

Pantai Cahaya Bulan
Taman Rekreasi Tengku Anis
Pantai Irama
Negeri Kelantan memang terkenal dengan pantai-pantai yang menarik perhatian pelancong,samaada pelancong tempatan atau pom pelancong luar negara.Di samping itu,di negeri ini juga terdapat banyak tempat-tempat rekreasi yang menarik.Antara pantai yang sering kali menarik perhatian pengunjung ialah Pantai Cahaya Bulan atau pom di panggil PCB.Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan. Ia terletak kira-kira 10 kilometer dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia ll. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional .Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket dan pembuatan layang-layang serta loyang.Selain itu,Pantai Irama juga salah satu pantai yang menarik di negeri Kelantan.Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga pelancong asing dan tempatan.Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku.Pantai Irama Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu). Pantai ini juga seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. Ia nyaTerletak disepanjang laluan utama Bachok sehingga Kota Bharu.Pantai Sri tujuh juga salah satu pantai yang terdapat di negeri Kelantan.Pantai Sri Tujuh terletak di daerah Tumpat. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubor dan stesen kereta api. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang.Sebuah resort terapung telah dibina di Pantai Sri Tujuh,ia dikenali sebagai Resort Sri Tujuh, lengkap dengan kolam mandi , gelanggang futsal dan padang latihan bermain golf .Pengunjung boleh makan di gerai-gerai yang disediakan sambil menikmati panorama laut dan pengunjung juga boleh menunggang bot skyang disediakani. Pengunjung juga boleh melihat bot nelayan yang kelihatan pulang ke pangkalan pada waktu-waktu tertentu.Selain itu terdapat surau dua tingkat yang agak besar di sini.Manakala tempat rekreasi yang paling popular di negeri Kelantan ialah Taman Rekreasi Tengku Anis.Taman ini seluas empat ekar terletak di Kilometer 10 Jalanraya Pasir Mas sehingga Rantau Panjang. Taman ini telah dirasmikan oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 27 Jun 2000.Idea penubuhan Taman Rekreasi Tengku Anis telah dicetuskan sendiri oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan dan DYMM Raja Perempuan Kelantan. Pembinaan peringkat awal taman ini dilakukan secara gotong-royong antara Majlis-Majlis Daerah seluruh negeri Kelantan dan juga agensi-agensi di peringkat Negeri dan Persekutuan.Taman Rekreasi Tengku Anis juga menyediakan beberapa kemudahan kepada pengunjung-pengunjung seperti surau, tandas, trek untuk berjoging, wakaf dan kerusi rehat serta taman permainan kanak-kanak. Berhampiran dengan taman tersebut juga terdapat beberapa buah kedai dan gerai menyediakan berbagai jenis masakan ala Thai khusus untuk pengunjung menjamu selera.Di samping itu,negeri Kelantan juga mempunyai air terjun yang boleh dijadikan tempat rekreasi di kalangan pelancong.Antara nya ialah Jeram Pasu,ia nya terletak di Kampung pak Amat di daerah Pasir Putih kira-kira 35kilometer dari Kota Bharu.Airnya yang jernih,sejuk serta nyaman sememangnya menjadikan ia tempat rekreasi yang popular dikalangan pengunjung.Jeram Pasu merupakan kawasan air terjun pertama di negeri Kelantan yang menyediakan tempat berteduh serta kemudahan lain.Beberapa kolam serta gelongsor telah dibina berhampiran air terjun ini.Pihak berkuasa juga telah tapak perkhemahan untuk pengunjung yang ingin bermalam di sini.Segala kemudahan juga telah disediakan bagi keselesaan pengunjung.Destinasi ini sentiasa dipenuhi oleh orang ramai terutamanya pada musim cuti sekolah

Pusat Membeli-belah

Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Pasar Besar Siti Khadijah
Negeri Kelantan juga terkenal dengan pusat membeli-belah yang menawarkan harga yang berpatutan.Memag tidak dinafikan,Kelantan mempunyai banyak pusat membeli-belah,antaranya ialah Pasar Siti Khadijah.Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Matsebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.Selain itu,Pasar Borong Wakaf Che Yeh juga salah satu pusat membeli-belah yang terdapat di negeri Kelantan.Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Disini situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama mereka.Pasar Wakaf Che Yeh menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung. Kemeriahan yang wujud di pasar ini menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar ‘mencuci mata’ dan berjalan-jalan melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.Bagi pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu terutamanya yang luar dari Kelantan, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang ‘wajib’ dilawati. Jika pandai dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.Keadaan bertambah sesak jika menjelang musim cuti perayaan dan musim cuti persekolahan,memandangkan ramai yang bercuti dan mengambil kesempatan untuk membeli belah.Bagi yang ingin berkunjung ke Kelantan ataupun yang belum sampai ke Kelantan,jadikan Wakaf Che Yeh sebagai tempat yang wajib dilawati.Disamping itu,Kelantan juga mempunyai pusat membeli-belah bebas cukai seperti Rantai Panjang.Harga yang ditawarkan di sini memang berpatutan sekali.Rantau Panjang terletak kira-kira 25 km dari Pasir Mas, 40 km dari Kota Bharu. dan merupakan lokasi kawasan pelancongan yang terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan ramai di Kelantan . Pengisytiharan sebagai Zon Bebas Cukai pada 2002, telah menjadikannya sebagai pusat membeli-belah yang paling kerap dikunjungi pelancong setiap tahun di Kelantan terutama pelancong tempatan. Pelbagai barangan seperti keperluan keluarga , pakaian , peralatan dapur dan buah-buahan boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan membeli belah seperti Bank komersil utama, mesin ATM,penggurup wang dan sebagainya.Di samping menjadi tumpuan membeli-belah, Rantau Panjang juga merupakan pintu keluar masuk ke Thailand  yang menghubungkannya dengan pekan Sungai Golok.Jadi tidak hairanlah pekan ini dipenuhi dengan kedatangan pengunjung dari Thailand yang berurusan dan membeli barang keperluan setiap hari. Pada musim cuti am atau cuti persekolahan pekan ini juga penuh sesak dengan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara.KB Bazar juga salah satu pusat membeli-belah di negeri Kelantan yang harus di lawati.KB Bazaar merupakan sebuah lokasi baru perniagaan di bandar Kota Bharu dijangka muncul sebagai lokasi 'bisnes' terulung di Kelantan sekiranya mendapat sokongan padu golongan usahawan dan penduduk tempatan.KB Bazaar merupakan satu lokasi perniagaan strategik untuk Bumiputera. Ia terletak di Jalan Hamzah, bersebelahan dengan KB Mall.roduk yang ditawarkan di KB Bazaar termasuk batik, barangan perak, hiasan dalaman, pakaian siap, kain ela, barangan antik, kraftangan rakyat Kelantan dan peralatan elektrik.Akhir sekali,pusat membeli-belah yang terdaat di negeri Kelantan ialah KB Mall.KB Mall ialah pusat membeli-belah yang sering kali dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara kerana mempunyai kemudahan yang lengkap serta canggih.KB Mall merupakan sebuah kompleks membeli-belah yang terletak di Kota Bharu.Ia merupakan tempat membeli-belah yang stategik kerana berada di laluan utama Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Bazar.Kompleks ini dibuka pada tahun 2005.Di dalam pusat membeli-belah ini terdapat sebuah pasaraya iaitu 'pacific hpermarket'.Di tingkat atas,terdapat medan selera yang menyajikan makanan tempatan dan luar negara.KB Mall juga terpilih kompleks membeli-belah yang terunggul di Malaysia yang mengatasi kompleks membeli-belah terkemuka di seluruh dunia.Ini membolehkan KB Mall mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli-belah yang terunggul yang akan di adakan di Belanda pada Disember ini.