Negeri Kelantan juga terkenal dengan pusat membeli-belah yang menawarkan harga yang berpatutan.Memag tidak dinafikan,Kelantan mempunyai banyak pusat membeli-belah,antaranya ialah Pasar Siti Khadijah.Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialahPasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Matsebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.Selain itu,Pasar Borong Wakaf Che Yeh juga salah satu pusat membeli-belah yang terdapat di negeri Kelantan.Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi pasar malam pula setelah matahari terbenam. Disini situasi tawar-menawar dan teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sambil berbual mesra sesama mereka.Pasar Wakaf Che Yeh menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung. Kemeriahan yang wujud di pasar ini menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar ‘mencuci mata’ dan berjalan-jalan melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.Bagi pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu terutamanya yang luar dari Kelantan, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang ‘wajib’ dilawati. Jika pandai dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.Keadaan bertambah sesak jika menjelang musim cuti perayaan dan musim cuti persekolahan,memandangkan ramai yang bercuti dan mengambil kesempatan untuk membeli belah.Bagi yang ingin berkunjung ke Kelantan ataupun yang belum sampai ke Kelantan,jadikan Wakaf Che Yeh sebagai tempat yang wajib dilawati.Disamping itu,Kelantan juga mempunyai pusat membeli-belah bebas cukai seperti Rantai Panjang.Harga yang ditawarkan di sini memang berpatutan sekali.Rantau Panjang terletak kira-kira 25 km dari Pasir Mas, 40 km dari Kota Bharu. dan merupakan lokasi kawasan pelancongan yang terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan ramai di Kelantan . Pengisytiharan sebagai Zon Bebas Cukai pada 2002, telah menjadikannya sebagai pusat membeli-belah yang paling kerap dikunjungi pelancong setiap tahun di Kelantan terutama pelancong tempatan. Pelbagai barangan seperti keperluan keluarga , pakaian , peralatan dapur dan buah-buahan boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan membeli belah seperti Bank komersil utama, mesin ATM,penggurup wang dan sebagainya.Di samping menjadi tumpuan membeli-belah, Rantau Panjang juga merupakan pintu keluar masuk ke Thailand yang menghubungkannya dengan pekan Sungai Golok.Jadi tidak hairanlah pekan ini dipenuhi dengan kedatangan pengunjung dari Thailand yang berurusan dan membeli barang keperluan setiap hari. Pada musim cuti am atau cuti persekolahan pekan ini juga penuh sesak dengan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat seluruh negara.KB Bazar juga salah satu pusat membeli-belah di negeri Kelantan yang harus di lawati.KB Bazaar merupakan sebuah lokasi baru perniagaan di bandar Kota Bharu dijangka muncul sebagai lokasi 'bisnes' terulung di Kelantan sekiranya mendapat sokongan padu golongan usahawan dan penduduk tempatan.KB Bazaar merupakan satu lokasi perniagaan strategik untuk Bumiputera. Ia terletak di Jalan Hamzah, bersebelahan dengan KB Mall.roduk yang ditawarkan di KB Bazaar termasuk batik, barangan perak, hiasan dalaman, pakaian siap, kain ela, barangan antik, kraftangan rakyat Kelantan dan peralatan elektrik.Akhir sekali,pusat membeli-belah yang terdaat di negeri Kelantan ialah KB Mall.KB Mall ialah pusat membeli-belah yang sering kali dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara kerana mempunyai kemudahan yang lengkap serta canggih.KB Mall merupakan sebuah kompleks membeli-belah yang terletak di Kota Bharu.Ia merupakan tempat membeli-belah yang stategik kerana berada di laluan utama Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Bazar.Kompleks ini dibuka pada tahun 2005.Di dalam pusat membeli-belah ini terdapat sebuah pasaraya iaitu 'pacific hpermarket'.Di tingkat atas,terdapat medan selera yang menyajikan makanan tempatan dan luar negara.KB Mall juga terpilih kompleks membeli-belah yang terunggul di Malaysia yang mengatasi kompleks membeli-belah terkemuka di seluruh dunia.Ini membolehkan KB Mall mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli-belah yang terunggul yang akan di adakan di Belanda pada Disember ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan