Ahad, 3 Julai 2011

Kebudayaan dan kesenian

                                                  Galeri info Tengku Anis
Bank Kerapu

Istana Jahar
Negeri Kelantan ialah salah satu negeri yang terkenal  dengan tempat-tempat kebudayaan dan kesenian.Memang tidak dinafikan negeri Kelantan mempunyai banyak tempat kebudayaan dan kesenian untuk di lawati.Sinonimnya,tempat-tempat kebudayaan dan kesenian di negeri Kelantan dijaga sejak zaman dahulu lagi sehinggalah sampai sekarang.Antara tempat-tempat kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negeri Kelantan ialah Bank Kerapu.Bank ini terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank pertama yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata.Disamping itu,Galeri info Tengku Anis juga salah satu tempat kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negeri Kelantan.Galeri ini dibina pada tahun 2002 dan mula dirasmikan pada tahun 2004. Geleri ini terletak di dalam kawasan Pengkalan Kubor iaitu berhampiran dengan muara sungai Golok. Di dalamnya menempatkan galeri nelayan serta pusat maklumat muka bumi kawasan Muara. Ia juga sesuai kepada para pelajar sekolah yang ingin membuat kajian serta untuk mendapat maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan nelayan dan untuk mengetahui bentuk muka bumi kawasan sekitarnya. Kawasan galeri ini juga sesuai dijadikn kawasan rekreasi kerana mempunyai prasarana seperti kawasan permainan kanak-kanak, tempat memancing dan juga sesuai sebagai tempat berkelah. Kawasan rekreasi ini juga disediakan kedai makan untuk para pengunjung.Kelantan juga terkenal dengan keunikan istana,ini kerana pembinaan istana di negeri Kelantan mempunyai ciri-ciri kebudayaan dan kesenian.Kebanyakan istana di negeri Kelantan mempunyai sejarah yang tersendiri.Antara istana warisan yang terdapat di negeri Kelantan ialah Istana Batu.Istana ini direkabentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail I. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat.Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik peraduan raja dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan.Disamping itu,Kelantan juga mempunyai istana yang menyimpan alat-alat kebesaran DiRaja seperti Istana Balai Besar. Istana ini dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940, Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri. Di perkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran Di Raja.Istana Jahar juga salah satu Istana warisan yang terdapat di negeri Kelantan.Istana Jahar dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat.Akhir sekali,tempat-tempat kebudayaan yang terdapat di Kelantan  ialah Bulatan Merdeka.Bulatan Merdeka ini adalah satu tempat berlakunya banyak sejarah kemerdekaan dimana di tempat inilah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia di lakukan pada 31 Ogos 1957. Padang Merdeka digunakan dengan sepenuhnya setelah Istana Besar siap dengan sepenuhnya. Kini ia juga dikenali sebagai Padang Bank.